HUJAN DAN DOA
Ketika hujan turun kita berharap dan berdoa yang baik-baik untuk diri kita juga keluarga, mungkin ada yang mendoakan semoga hujan terus turun semoga tanaman di kebunnya terus subur, ada pula yang mendoakan semoga hujan berhenti agar boleh terus berniaga di warung atau gerai, kerana jika hujan sudah tentu tiadalah rezekinya untuk hari ini daripada hasil perniagaan. Namun, malang sekali ada juga yang mendoakan supaya hujan terus turun agar terus dapat lena di katil, ada pula mendoakan agar hujan terus lebat agar terbantut perjalanan untuk ke kuliah.
Doa kita masing-masing berbeza, kerana setiap orang mengalami situasi dan kehidupan yang dilalui setiap hari juga berbeza, tetapi Allah SWT Maha Mengetahui apa saja yang Dia rencanakan. Oleh itu, jika situasi buruk atau baik yang berlaku keatas diri kita ketika hujan turun, seeloknya berdoalah seperti mana sabda Rasulullah S.A.W "Ya Allah, turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat" - HR Bukhari no 1032 semoga doa yang kita panjatkan memberi manfaat kepada kita dan semua saudara kita dan teruslah bersangka baik kepada Allah SWT, kerana setiap apa yang dijadikan tidaklah sia-sia.
Oleh itu, selain air zam-zam dan air mineral yang digunakan untuk perubatan dalam Islam, air hujan juga mempunyai khasiatnya tersendiri tetapi hanya air hujan yang ditadah pada hari Jumaat malam dan 1 Muharram ianya boleh menjadi penawar kepada pelbagai penyakit seperti gila babi, selsema, penyakit kulit, sakit kepala, sakit sendi-sendi, sakit perut, sakit dada dan banyak lagi. Namun begitu, perlu mengikut kaedahnya sendiri untuk mengambil air hujan yang ditadah dan doa yang perlu dibaca ketika dan setelah mengambil air hujan pada Jumaat malam.
Jika anda inginkan keterangan lanjut berkaitan kaedah rawatan melalui air hujan yang ditadah pada hari Jumaat waktu malam boleh kunjungi Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa untuk mendapatkan penjelasan daripada Ustaz Azmi sendiri.
Selain itu, kami di Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa merawat semua jenis masalah batin yang anda hadapi seperti santau, sihir, saka, dan histeria. Juga membantu dan menyediakan khidmat kaunseling untuk anda yang menghadapi masalah penyakit kronik seperti barah, jantung, hati, batu karang dan lain-lain lagi.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi : 011-19980010 (Ustaz Nazmi)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.