Tuesday, August 28, 2018

HARI KEMERDEKAAN KE-61

 HARI KEMERDEKAAN  KE-61

       Tanggal 31 Ogos 1957 Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada pemerintahan British. British membenarkan orang melayu untuk mentadbir sendiri negara Malaysia dengan munculnya Tunku Abdul Rahman yang memberi harapan baru untuk memperjuangkan Tanah Melayu dengan membentuk Parti Perikatan . Pada tarikh ini perasmian penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British di Stadium Merdeka kepada warganegara Tanah Melayu. Pada saat itu semua rakyat Tanah Melayu sangat gembira atas kebebasan daripada penjajahan negara luar.

    Tunku Abdul Rahman atau dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia menisytiharkan kemerdekaan dengan melaungkan "Merdeka" sebanyak 7 kali dimana waktu itu lebih kurang 20000 rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum menyaksikan hari penuh bersejarah ini. Saat itu bendera Union Jack diturunkan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan sebagai tanda lahirnya negara baru iaitu Malaysia dengan tembakan meriam 101 das. Ramai yang mengalirkan air mata saat laungan "Merdeka" kerana mereka sudah bertahun-tahun merasai kepahitan hidup dijajah oleh negara luar.   


         Setiap tahun Negara Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos. Pada tahun 2018 ini dengan pemerintahan kerajaan baru iaitu kerajaan Pakatan Harapan dengan pemerintahan Tun Dr. Mahathir Muhammad telah bersetuju untuk memilih Putrajaya sebagai lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2018. Tema kemerdekaan tahun ini ialah "Sayangi Malaysiaku" dipilih untuk mempertingkatkan semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia.

         Logo kemerdekaan tahun ini adalah seperti gambar diatas dimana logo ini dipilih oleh Tun Dr. Mahathir sendiri hasil ciptaan Nik Zulkifli Nik Hitam. Simbol bagi logo ini adalah sebagai simbol rakyat melakukan gerakan riang mengangkat tangan dengan satu bentuk hati di hadapan menyatukan mereka. Simbol ini juga bermaksud warganegara Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa hidup dalam harmoni,seia sekata, bersatu padu & kasih sayang kepada negara.

Kesimpulannya peristiwa Kemerdekaan Negara pada 31Ogos 1957 boleh dijadikan iktibar antarannya :-

  1. Menghargai tokoh-tokoh dan pahlawan yang berjuang demi mencapai kemerdekaan seperti Tunku Abdul Rahman , Tok Janggut, Mat Kilau dan sebagainya.
  2. Melahirkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia.
  3. Malaysia bebas dari penjajahan negara luar dan hidup aman sentosa.


Kami dari PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA mengucapkan :-

    " SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-61"

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

KACIP/ KATI PINANG ANTIK KEPALA NAGA BESI KUNING

  KACIP/ KATI PINANG ANTIK KEPALA NAGA BESI KUNING DILARANG COPY PAGE IMAGE INI!!! K00001 KEHEBATAN KKPAKNBK 08071502024450 Mungkin tidak ra...

PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA

PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA

PELAN LOKASI KE PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA, KELANTAN

PELAN LOKASI KE PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA, KELANTAN

SABDA RASULULLAH S.A.W


Sabda Rasulullah S.A.W :
Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:

"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"
(Riwayat Muslim dan Ahmad)

SOLAT HAJAT KHUSUS DAN RAWATAN JARAK JAUH




SOLAT HAJAT KHUSUS DAN RAWATAN JARAK JAUH




Solat sunat hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada di dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi memohon pertolongan daripada Allah S.W.T dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimanapun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah yang maha pencipta.


Solat hajat khusus pula dilakukan dengan beberapa amalan yang khusus dan perlu mengikut tata cara serta susunan yang betul bagi mendapatkan keberkatan serta keberkesanan yang kuat dari amalan solat hajat khusus ini. Solat hajat khusus dikatakan sangat mustajab untuk mengabulkan segala doa. Siapa pun yang melakukan solat hajat ini maka In Syaa Allah akan dikabulkan oleh Allah S.W.T.


ANDA MEMPUNYAI HAJAT ATAU MASALAH YANG INGIN DISELESAIKAN SEPERTI :


  • Ingin segera melunaskan hutang
  • Hajat untuk segera mendapatkan jodoh
  • Masalah anak lari dari rumah
  • Masalah dengan kawan, pasangan, jiran, rakan sekerja, musuh, lawan dan sebagainya
  • Masalah pada premis perniagaan mahupun syarikat yang dimiliki oleh anda
  • Masalah dalam berumah tangga
  • Masalah penyakit yang tidak kunjung sembuh
  • Hajat untuk mendapat rezeki yang melimpah ruah
  • Atau apa sahaja hajat atau masalah yang ingin anda selesaikan

Kami di Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa ada menyediakan pakej Solat Hajat Khusus dan Jarak jauh bagi pesakit-pesakit atau individu yang tidak dapat hadir, memerlukan hajat selama ini segera dimakbulkan. In Syaa Allah akan kami usahakan mengikut kaedah dan tata cara yang betul serta terbukti berkesan buat anda.


Maharnya bernilai di antara RM 1700.00 hingga RM 4500.00 (Mengikut situasi, masa, bentuk, tahap dan jenis hajat atau masalah yang ingin diselesaikan.


1.Maharnya RM 1700 dan RM 2700 berikut adalah berkenaan

  • suami curang dan kayu tiga
  • anak lari dari rumah
  • campur tangan pihak ketiga
  • lunaskan hutang
  • isteri skandal dengan laki lain
  • Pasangan yang tidak setia
  • Campurtangan dari keluarga mentua
  • Dadah
  • Dan lain -lain

2.Dan mahar RM2700 dan RM4000 keatas adalah

  • Santau
  • Sihir
  • Santet
  • Teluh
  • Tenung
  • Saka dari keturunan
  • Ajaran ilmu sesat (black mental)
  • Pelet
  • Dan lain -lain


Untuk keterangan lanjut, hubungi 014 - 217 1141 (Ustaz Nazmi) atau boleh terus datang ke pusat rawatan kami yang beralamat seperti di bawah :


Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa


Lot 2547/A, Kg. Kubang Pa'Amin,

Kasar, 17000 Pasir Mas,

Kelantan.