Menurut kamus dewan, edisi ketiga h.1170 "SAKA" bermakna pusaka. Saka juga dimaknakan leluhur daripada kedua belah pihak sebelah ibu dan bapa. Sebenarnya memang terdapat perbezaan diantara perkataan saka dan pusaka. Pusaka lebih merujuk kepada harta benda yang diwarisi oleh seseorang dari seseorang yang ada kaitan nasab yang rapat yang telah meninggal dunia. Saka pula pada pergertian biasa dalam masyarakat melayu tidak sama maksudnya dengan pusaka tadi. Ini disebabkan perkataan saka itu biasanya digunakan secara khusus berkaitan dengan berbagai ilmu dan amalan yang salah dan sesat dalam pandangan islam yang biasanya akan meibatkan jin dan syaitan. disini fokuskan kepada saka bidan. Saka bidan ini kebiasaannya digunakan untuk tujuan perbidanan dan urutan selepas bersalin.
ASAL-USUL SAKA
- Saka berasal dari asal usul kita iaitu yang diterima daripada ibu datuk nenek,moyong dan asal-usul keturunan kita disebelah atas. Inilah pendapat umum yang sangat popular di negara kita sehingga ada menyatakan saka ini boleh diwarisi sehingga lebih tujuh keturunan,malahan jika melanggar pantang-pantang kemungkinan saka itu akan bertapak selama-lamanya dalam pewaris berkenanan. Biasanya saka ini hanya melibatkan adanya pertalian darah jika tiada adalah sukar untuk saka berkenaan memasuki tubuh seseorang.
- Saka yang berasal bukan disebabkan keturuanan,tetapi saka datangnya dari pihak luar iaitu jika berlaku dalam keadaan sedemikian:
- Mereka yang tinggal bersebelahan atau berjiran dengan bomoh atau pengamal perubatan yang menggunakan amalan yang salah iaitu menggunakan khimat jin dan syaitan. kejadian ini berlaku tanpa disedari oleh jiran terbabit dan dinasihatkan jangan duduk berjiran dengan orang diatas.
- Pemandu,tukang kebun, orang gaji dalam rumah,mereka juga boleh diwarisi oleh saka tuan rumah tersebut apatah lagi mereka telah bertahun-tahun lamanya.
- Mereka yang bertugas di hospital seperti doktor,juruwat,attendan dan yang lainnya juga besar kemungkinan boleh menerima saka yang berjin dan bersyaitan yang mereka hadapi setiap hari.
- Orang ada saka sukar untuk mendapatkan zuriat(anak)
- Banyak perkara ganjil yang berlaku di dalam kehidupanya seperti pernah berjumpa dengan orang pelik namun orang lain tidak dapat melihatnya dan sebagainya.\
- Tidak berupaya untuk hidup dengan sempurna kerana menghidap pelbagai penyakit moden malah penyakit aneh yang tidak mampu didianogsiskan. Mungkin juga berpotensi menghidap penyakit kanser kerana kanser mempunyai pertalian yang rapat dengan gangguan jin.
- Tidak suka bergaul dengan manusia lain dan kurang suka hidup bermasyarakat.
- Sangat sensitif dan mudah terasa dengan kata-kata orang.
- Kadangkala tahu perkara-perkara mustahil diketahui oleh orang-orang lain. Namun hakikatnya ia adalah bisikan Iblis dan Jin.
- Anak kepada anak cucu yang mempunyai saka sentiasa banyak menangis semasa kecil dan semasa besar berperangai dengan perangai yang buruk.
- Anak cucu yang mempunyai saka suka melawan cakap ibu bapa dan orang lebih tua.
- Kehidupan menjadi suram dan tidak ceria serta selalu dalam keadaan tegang.
- Sentiasa mengingati Allah s.w.t dengan zikirullah
- Jangan tinggal solat lima waktu
- Sentiasa berdoa memohon pertolongan dari Allah S.W.T.
- Sentiasa berpegang kepada hukum-hukum Allah S.W.T dengan melakukan perkara-perkara yang disuruh dan meninggalkan segala larangannya.
- Sentiasa melakukan solat-solat sunat.
- sentiasa mengamalkan puasa sunat pada hari yang disunatkan misalnya hari isnin dan khamis.
- Sentiasa berada dalam keadaan berwudhu.
- sentiasa bersihkan diri dan pakai minyak bauan kasturi.
- Sentiasa berselawat.
- Saka biasanya sukar untuk dirawati. walau bagaimanapun, dalam hadis Rasullah SAW, Bersabda "setiap penyakit pasti ada ubat dan penawarnya kecuali tua dan mati". (Riwayat Al-Tarmizi).Maka dengan itu kita haruslah yakin setiap penyakit ada ubatnya dan setiapa masalah akan ada jalan penyelesaiannya. Jika anda mengalami tanda-tanda tersbut maka segeralah mendapatkan rawatan dengan kaedah perubatan islam dan mencari pengamal ilmu agama islam yang berpengalaman dalam merawat saka mahupun sihir.
- Sukacita disarankan supaya anda kuatkan semangat dan keimanan seterusnya melawan keadaan ini daripada membelenggu dalam diri anda. Masalah sebegini bakal menyusahkan diri sendiri dan dapat meruntuhkan hubungan suami isteri dan keluarga tersayang jika tidak diselesaikan dengan cepat dan kaedah yang betul.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.