Hari raya haji atau dikenali Hari raya korban ianya merupakan salah satu daripada hari kebesaran islam yang diraikan pada setiap 10 Zulhijjah mengikut takwim Hijrah. Dinamakan Hari Raya Haji kerana pada hari tersebut jutaan umat islam datang dari seluruh pelusuk dunia dan berkumpul di tanah suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan ibadah haji bagi menyermpurnakan Rukun Islam Kelima.
Pada hari ini umat islam disunatkan melakukan ibadah korban sebagai tanda peristiwa Nabi Ibrahim a.s telah mengkorbankan anak baginda iaitu Nabi Ismail a.s demi kepatuhan dan ketaatan baginda terhadap perintah Allah SWT.
Ibadah korban merupakan antara amalan yang amat disukai oleh Rasulullah SAW di mana baginda sentiasa menggalakkan sahabat-sahabatnya melakukan ibadah korban. Terdapat beberapa hadis tentang ibadah korban daripada Aisyah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda :
مَاعَمِلَ
ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى الله عَزَّ وَجَلَّ مِنْ
إِهْرَاقَةِ دَمٍ. وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا
وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا. وإِنَّ الدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ
بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ. فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً
Yang bermaksud :
" Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari al- Nahr ( Raya Aidiladha ) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah ( binatang korban ). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya. Dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban) Riwayat al-Tirmizi.
Hari yang boleh melakukan ibadah korban :
Selepas menunaikan solat sunat AidilAdha iaitu 10 Zulhijjah dan hari-hari Tasyik ( 11,12 dan 13 Zulhijjah )
Hukum Ibadah korban :
Hukum korban adalah sunat muakkad (iaitu sunat yang digalakkan oleh agama ) bagi orang-orang yang memenuhi syarat-syaratnya.
Syarat syarat Ibadah korban :
- Muslim
- Baligh dan berakal
- Merdeka atau bebas
- Berkemampuan iaitu memiliki lebihan belanja setelah ditolak nafkah dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya merangkumi makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Dimakruhkan meninggalkan ibadah korban bagi orang yang tidak memenuhi syarat di atas. Berkata Iman as-Syafi'ie : '' Aku tidak memberi rukhsah untuk meninggalkannya bagi sesiapa yang mampu melakukannya" (iaitu Imam Syafi'ie memandang makruh meninggalkannya bagi orang mampu).
Binatang-binatang yang boleh di korban :
- Kibas, biri-biri atau domba.
- Kambing.
- Lembu , Kerbau.
- Unta.
Haiwan-haiwan tersebut haruslah jinak yang terdiri daripada haiwan ternakan atau peliharaan. Haiwan liar seperti kambing hutan atau seladang yang hidup di dalam rimba tidak sah dijadikan haiwan korban.
Umur minima bagi haiwan yang boleh dijadikan korban ialah :
- Kambing, kibas , biri-biri atau domba lebih dua tahun dan masuk tahun ketiga.
- Lembu lebih dua tahun dan masuk tahun ketiga.
- Unta lebih lima tahun dan masuk tahun keenam.
Manakala kelebihan atau fadhilat yang akan dikurniakan oleh Allah SWT ke atas
orang yang melakukan ibadah korban iaitu:
- Mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah SWT.
- Dapat menebus dosa iaitu melalui setiap titisan darah binatang yang dikorbankan dan binatang-binatang ini juga bakal menjadi tunggangan diatas titian sirat.
- Untuk membentuk kaum muslimin supaya sanggup berkorban sebahagian rezeki dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT demi kepentingan orang lain.
- Dapat menyambung silaturahim antara masyarakat dengan mengagihkan sebahagian daging korban sebagai makanan kepada orang-orang fakir miskin.
- Menyemai dan menanamkan sifat terpuji dan nilai-nilai murni ke dalam diri kita dengan meneladani kesabaran Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S. Dua sifat yang utama iaitu ketaatan dan rasa cinta kepada yang Maha Pencipta.
- Memupukkan sifat suka berkorban dan bersedekah.
Dengan kesempatan ini Kami Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA dan Selamat menunaikan amal ibadat pada bulan Zulhijjah ini. Semoga segala amalan kita diterima Allah S.W.T. Amin Ya Rabbala'lamin.
Jika anda mempunyai masalah lesu dan malas untuk beribadat boleh datang ke pusat rawatan kami di Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa untuk mendapatkan khidmat nasihat dan menambah amalan. In sya ALLAH kami sedia membantu. Untuk pengetahuan anda semua, kami juga merawat semua jenis masalah batin yang anda hadapi seperti santau, sihir, saka, dan histeria. Juga membantu dan menyediakan khidmat kaunseling untuk anda yang menghadapi masalah penyakit kronik seperti barah, jantung, hati, batu karang dan lain-lain lagi.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi : 011-19980010 (Ustaz Nazmi)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.