SAKA KONGKANG
|
Gambar sekadar hiasan |
Pada zaman ini,
Saka Kongkang adalah suatu perkara yang tidak asing lagi diperkatakan bagi kebanyakan orang tua-tua dikampung-kampung. Mereka sudah ketahui bahawa kebanyakan nenek moyang mereka dahulu mendampingi jin/makhluk halus atau lebih mudah disebut sebagai saka. Namun, ada juga mereka yang langsung tidak mengenali kongkang ini bagaimana rupanya. Disini kami telah sertakan bagaimana rupa kongkang yang sebenarnya. Saka Kongkang ini tidaklah banyak beza dengan saka yang lain seperti saka hantu raya, saka mawas, saka monyet dan saka-saka yang lain.
Walaubagaimanapun, apa yang penting ialah tujuan sebenar mereka memelihara jin ini adalah untuk menjaga harta benda, menjaga tanaman, melindungi diri daripada ancaman musuh dan sebagainya. Saka ini akan diwarisi oleh ahli keluarga kepada tuan asalnya sebelum tuannya itu meninggal dunia. Namun bagi kebanyakan generasi masa hari ini kurang diberi pendedahan mengenai perihal saka ini sehingga pelbagai permasalahan timbul dan bermacam-macam kejadian aneh yang berlaku dalam hidup mereka.
Untuk pengetahuan anda, pemeliharaan jin/makhluk halus ini bukanlah mudah. Mereka(saka) ini juga akan menuntut balasan kepada tuannya. Tuannya perlulah memberi apa-apa seperti makanan atau pemujaan kepada mereka atas khidmat yang telah mereka berikan.
Walaubagaimanapun, didalam kekalutan ini, kita sebagai manusia biasa sedikit sebanyak dapat mengenalpasti
Tanda - Tanda bagi mereka yang memiliki saka Kongkang ini.
- Takut bertentang mata apabila bercakap.
- Sering berasa gemuruh dan gementar apabila bertemu dengan orang alim.
- Gemar makan bubur kacang merah dan suka menjamu orang makan pada malam Jumaat.
- Memiliki tenaga luar biasa apabila melakukan kerja berat walaupun usia telah lanjut.
- Tidak memberitahu ahli keluarga terutama isteri apabila keluar rumah mengenai hal itu.
- Kerap membawa berpuluh-puluh telur rebus ke dalam hutan.
- Orang ramai akan patuh dan tunduk dengan keputusan yang dibuatnya apabila berada didalam mesyuarat.
- Mempunyai tenaga seks yang luar biasa ketika berjimak dengan isteri.
- Kerap bersetubuh.
- Hati sentiasa tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh apabila berada didalam majlis ilmu.
Beberapa tanda diatas sedikit sebanyak dimiliki oleh sebahagian daripada kita. Oleh yang demikian, perkara sebegini tidak boleh dianggap mudah dan perlu diambil penekanan dan tindakan yang serius untuk mengatasi masalah ini daripada berlarutan dan seterusnya akan memberi kesan buruk terhadap kehidupan kita.
Walaubagaimanapun, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin sahaja Allah SWT ingin menguji kita dalam menjalani kehidupan seharian dan menghadapi kehidupan akan datang. Kita sebagai hamba yang lemah seharusnya tunduk, patuh dan hanya berserah diri kepada Allah SWT.
Jika anda mengalami salah satu kesan diatas pada diri anda, Sila dapatkan rawatan dengan segera. Anda disarankan untuk berkunjung ke Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa. In Shaa Allah kami Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa sedia membantu anda. Rawatan Jarak Jauh untuk pesakit yang tidak hadir ke pusat rawatan turut disediakan. Kos rawatan bergantung kepada situasi pesakit dan juga tahap masalah pesakit. Untuk keterangan lanjut sila hubungi 011-19980010 ( Ustaz Nazmi ).
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.