Tuesday, August 14, 2018

SAKA HARIMAU / SAKA RIMAU / SAKA HALA

SAKA HARIMAU / SAKA RIMAU / SAKA HALA 



Apakah maksud saka harimau?

Saka Harimau / Saka Rimau / Saka Hala adalah merujuk kepada sejenis makhluk halus kemungkinannya dari golongan jin atau syaitan. Saka harimau ini sangat dikenali oleh orang tua-tua dahulu dan dipelihara bagi memudahkan kehidupan seharian mereka seperti menjaga harta benda, keluarga, diri dan gangguan musuhSaka yang sudah sekian lama berada dalam tubuh badan akan sebati dalam diri manusia dan ianya berlaku samada seseorang itu sedar ataupun tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya sendiri. Saka ini dapat dilihat melalui perwatakan seseorang itu akan berubah menjadi baran dan bengis. 


Bagaimanakah saka harimau bertindak?

Saka harimau ini juga akan menyerang sesiapa sahaja yang dianggap musuh dan mampu menjelma apabila diarahkan oleh tuannya. Saka Harimau ini adalah sejenis makhluk halus peliharaan manusia dan akan diberi makanan. Oleh yang demikian, saka ini perlu diwariskan kepada seseorang pengganti iaitu waris sebelum tuannya mati. Jika tuannya mati sebelum sempat untuk mencari pengganti, maka saka harimau tersebut akan menumpang kepada saudara yang terdekat dan sekiranya putus keturunan tuannya itu, maka ia akan hidup liar dan akan mengganggu penduduk berdekatan.


Mengapa saka harimau ini menjadi pilihan bagi kebanyakan orang tua-tua terdahulu?

Saka Harimau ini dipilih bagi kebanyakan pembelanya adalah kerana kegagahan dan keberaniannya yang juga turut dikenali sebagai Raja Rimba. Kehebatannya itu mampu menakutkan orang ramai apatah lagi musuh-musuh 'tuannya'. Bagi mereka yang berniat tidak baik kepada pembela saka ini atau ahli keluarganya atau rumah kediamannya atau kebunnya maka jin peliharaan tadi akan menjelma menjadi seekor harimau bagi tujuan menakutkan orang berkenaan.


Tanda-tanda seseorang memiliki saka harimau?
  • Seseorang itu mudah berasa marah atau naik angin (baran).
  • Sukar untuk ditegur dan susah untuk mendengar nasihat daripada orang.
  • Suka mencari masalah dengan orang sekeliling (bergaduh).
  • Kerap makan makanan dengan kuantiti yang banyak.
  • Jarang tidur malam (terjaga).
  • Suka untuk memberontak terhadap sesuatu perkara.
  • Selalu ingin menang dalam setiap perkara yang berlaku.
  • Wanita yang tak dapat mengandung sedangkan pihak hospital mengesahkan tiada masalah samada suami atau isteri.
  • Wanita yang sering keguguran tanpa sebab munasabah.
  • Mimpi menyusukan banyi (mendukung atau melihat dikira petanda yang sama)
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Selalu bermimpi berada di awangan.
  • Susah dapat jodoh.
  • Susah untuk membuat amalan baik.
  • Kerap bermimpi menerima bungkusan dari seseorang.
  • Rumah tangga sering bermasalah, sering bergaduh dalam perkara yang kecil, anak-anak yang degil.
  • Berdebar-debar tanpa sebab.

Apakah cara penyelesaian bagi masalah saka harimau ini?

Masalah saka ini tiada ubatnya. Namun didalam hadis Rasulullah SAW, baginda telah bersabda "Setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati. (Riwayat Al-Tarmizi). Didalam 30 Juzuk Al-Quran terdapat penawar bagi segala penyakit Rohaniah dan Jasmaniah. Oleh itu, kita perlu yakin sepenuhnya terhadap kitab suci yang telah Allah SWT turunkan kepada seluruh umat manusia melalui Nabi terulung kita iaitu Nabi Muhammad SAW.

Sekiranya kita dapati diri kita mempunyai seperti tanda-tanda diatas, eloklah segera membawa diri untuk berubat dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Perkara yang berkaitan dengan saka ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk diselesaikan. Ia memerlukan bantuan daripada pakar perubatan yang benar-benar mahir mengenai ilmu saka ini.

Sukacita disarankan supaya anda kuatkan semangat dan keimanan seterusnya melawan keadaan ini daripada membelenggu diri anda. Masalah sebegini bakal menyusahkan diri sendiri dan dapat menghancurkan kerukunan rumahtangga dan keluarga tercinta jika tidak diselesaikan dengan kaedah yang betul.

Sila dapatkan rawatan dengan segera. In Shaa Allah kami Warga Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa sedia membantu anda. Rawatan Jarak Jauh untuk pesakit yang tidak hadir ke klinik turut disediakan. Kos rawatan bergantung kepada situasi dan juga tahap masalah anda. Untuk keterangan lanjut sila hubungi 011-19980010 ( Ustaz Nazmi ).




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

KACIP/ KATI PINANG ANTIK KEPALA NAGA BESI KUNING

  KACIP/ KATI PINANG ANTIK KEPALA NAGA BESI KUNING DILARANG COPY PAGE IMAGE INI!!! K00001 KEHEBATAN KKPAKNBK 08071502024450 Mungkin tidak ra...

PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA

PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA

PELAN LOKASI KE PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA, KELANTAN

PELAN LOKASI KE PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA, KELANTAN

SABDA RASULULLAH S.A.W


Sabda Rasulullah S.A.W :
Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:

"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"
(Riwayat Muslim dan Ahmad)

SOLAT HAJAT KHUSUS DAN RAWATAN JARAK JAUH




SOLAT HAJAT KHUSUS DAN RAWATAN JARAK JAUH




Solat sunat hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada di dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi memohon pertolongan daripada Allah S.W.T dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimanapun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah yang maha pencipta.


Solat hajat khusus pula dilakukan dengan beberapa amalan yang khusus dan perlu mengikut tata cara serta susunan yang betul bagi mendapatkan keberkatan serta keberkesanan yang kuat dari amalan solat hajat khusus ini. Solat hajat khusus dikatakan sangat mustajab untuk mengabulkan segala doa. Siapa pun yang melakukan solat hajat ini maka In Syaa Allah akan dikabulkan oleh Allah S.W.T.


ANDA MEMPUNYAI HAJAT ATAU MASALAH YANG INGIN DISELESAIKAN SEPERTI :


  • Ingin segera melunaskan hutang
  • Hajat untuk segera mendapatkan jodoh
  • Masalah anak lari dari rumah
  • Masalah dengan kawan, pasangan, jiran, rakan sekerja, musuh, lawan dan sebagainya
  • Masalah pada premis perniagaan mahupun syarikat yang dimiliki oleh anda
  • Masalah dalam berumah tangga
  • Masalah penyakit yang tidak kunjung sembuh
  • Hajat untuk mendapat rezeki yang melimpah ruah
  • Atau apa sahaja hajat atau masalah yang ingin anda selesaikan

Kami di Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa ada menyediakan pakej Solat Hajat Khusus dan Jarak jauh bagi pesakit-pesakit atau individu yang tidak dapat hadir, memerlukan hajat selama ini segera dimakbulkan. In Syaa Allah akan kami usahakan mengikut kaedah dan tata cara yang betul serta terbukti berkesan buat anda.


Maharnya bernilai di antara RM 1700.00 hingga RM 4500.00 (Mengikut situasi, masa, bentuk, tahap dan jenis hajat atau masalah yang ingin diselesaikan.


1.Maharnya RM 1700 dan RM 2700 berikut adalah berkenaan

  • suami curang dan kayu tiga
  • anak lari dari rumah
  • campur tangan pihak ketiga
  • lunaskan hutang
  • isteri skandal dengan laki lain
  • Pasangan yang tidak setia
  • Campurtangan dari keluarga mentua
  • Dadah
  • Dan lain -lain

2.Dan mahar RM2700 dan RM4000 keatas adalah

  • Santau
  • Sihir
  • Santet
  • Teluh
  • Tenung
  • Saka dari keturunan
  • Ajaran ilmu sesat (black mental)
  • Pelet
  • Dan lain -lain


Untuk keterangan lanjut, hubungi 014 - 217 1141 (Ustaz Nazmi) atau boleh terus datang ke pusat rawatan kami yang beralamat seperti di bawah :


Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa


Lot 2547/A, Kg. Kubang Pa'Amin,

Kasar, 17000 Pasir Mas,

Kelantan.