Saturday, December 16, 2017

HARI YANG BAIK UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN DALAM ISLAM

HARI-HARI YANG BAIK MENGIKUT ISLAM

Image result for hari yang baik untuk memulakan perniagaan dalam islam

Segala ciptaan Allah pasti ada yang tersirat di sebaliknya. Begitu juga dengan penciptaan hari. Hari-hari dalam Islam mengandungi hikmah dan kejadian yang berbeza. Setiap hari adalah merupakan hari-hari yang baik namun ada beberapa hari yang dikatakan terbaik dalam Islam.

Bila kita mulakan sesuatu langkah dengan hari-hari yang dimaksudkan ini In Sya Allah perjalanan kita akan lebih mudah dan rezeki juga akan bertambah. Tarikh-tarikh ini juga sesuai untuk kita hendak memulakan perniagaan atau pekerjaan.

TARIKH DAN HARI YANG BAIK UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN / PEKERJAAN :

  • 23 haribulan - Hari yang baik dan digalakkan untuk berkahwin dan memulakan apa sahaja jenis perniagaan dan pekerjaan serta bertemu pemerintah
  • 26 haribulan - Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan bermusafir. Banyakkan bersedekah pada hari ini kerana akan mendatangkan banyak manfaat
  • 27 haribulan -  Hari yang baik untuk segala hajat. Sangat baik untuk memulakan perniagaan dan pekerjaan
  • 29 haribulan - Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi tidak digalakkan kerana sukar untuk mendapatkan idea untuk menulis dan menyiapkannya. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan bagi yang bermusafir bakal mendapat rezeki yang banyak
  • 30 haribulan - Hari yang baik bagi segala hajat, berdagang, bertani serta kahwin, cepat sembuh dari penyakit dan merupakan hari yang terpilih untuk mendapat keberkatan darinya. Siapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, diangkat kedudukannya, suka bercakap benar dan menunaikan janji
TARIKH YANG TIDAK SESUAI UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN / PEKERJAAN :
  • 3 haribulan
  • 5 haribulan
  • 13 haribulan
  • 16 haribulan
  • 21 haribulan
  • 24 haribulan
  • 25 haribulan
Mungkin sekiranya kita memulakan langkah pada tarikh ini rezeki yang kita dapat kurang atau perniagaan dan pekerjaan kita tidak bertahan lama. Wallahu A'alam.

Semoga bermanfaat. Kami juga ada menyediakan khidmat kursus, panduan serta petua bagi merancang dan memulakan perniagaan mengikut cara Islam dan kaedah yang diterapkan oleh Rasulullah S.A.W.

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi 011-19980010 (Ustaz Nazmi) atau boleh terus berkunjung ke pusat rawatan kami yang beralamat seperti dibawah :

Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa,
Lot 2547/A, Kg. Kubang Pa'Amin,
Kasar, 17000 Pasir Mas,
Kelantan.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

BATU LEKLAI NAGA

 BATU LEKLAI NAGA PANJANG 19 CM LEBAR 11 CM DILARANG COPY IMAGES INI !!! K00001 KEHEBATAN BLN 25021202024750 KHASIAT INI HAK MILIK WALINUR S...